Thursday, February 19, 2009

catatan dian

Dalam bercinta,
jangan sesekali meletakkan syarat,
baru tiada penyesalan..........

Bila menyintai seseorang,
tidak semestinya mesti hidup dengannya,
malah dia tidak perlu hidup langsung untuk dicintai.

Jika dia mati sekalipun,
cinta tidak akan mati bersamanya.

Cinta juga tidak semestinya berbalas,
bertepuk sebelah tangan pun dipanggil cinta,
kita sedih bila dia tidak membalas cinta kita dan mengatakan cinta penuh penyeksaan,
sedangkan kita menyeksa diri dengan meletakkan syarat bahawa dia harus membalas cinta kita.

Cinta itu suci,
walaupun hanya sebelah pihak,
bila kita menyintai dia dengan berharap kehadiran diri dia,
itu bukan cinta tapi nafsu........

Namun tiada cinta kekal sekekal cinta ilahi,
jiwa sangat terseksa jika menyintai makhluk lebih dari penciptaNya,
cintailah tuhan kerana cintaNya sampai ke syurga,
dan pasti tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak akan kecewa........

dipetik daripada hasil karya Dian Sira :)

0 comments: